Selama yang aku
rasa aku seorang yang kuat musnah sekelip mata hanya dengan sedikit kebenaran
yang didengar. Hati yang tersedia retak tu makin bertambah hancur. Mana mungkin
aku yang selama ni redha dengan apa yang ditakdirkan, tiba-tiba hilang sifat
tabah yang selama ni tersimpan kemas dalam hati dek kerana apa yang diluahkan.
Kalau dulu aku
sedikit pun tak sedih masa dengar berita ikatan pertunangan. Sampai diri
sendiri tertanya,
“Do I really
love him before this? Why I don’t feel sad? In fact I was so happy for him.”
Mujur sahabat
baik menjawab “I think you have already let him go from your heart. You should
be grateful because Allah kept your heart from broken.” There I said,
Alhamdulillah. Allah pegang hati yang pernah retak tu dari terus terbelah.
Mujur aku tak cinta dia sedalam yang aku fikirkan selama ni.
Masa berlalu.
Dia datang cerita segala yang terbuku di hati selama ni. Sesuatu yang harus
diucap sebelum dia menjalani kehidupan baru. Dan aku… persoalan yang ada cuma
kenapa baru sekarang? Aku tak salahkan dia. Jauh sekali nak minta kalau waktu
boleh berpatah balik, akan aku pujuk keluarga aku untuk terima dia. Cuma yang
buat aku terkilan, aku tak mampu berbuat apa-apa untuk mengubah pandangan dan
pendapat orang sekeliling dulu.
Rasa terkilan
yang membuatkan aku rasa sedih sepanjang masa. Aku lihat gambar bahagia tu. Dan
entah kenapa, laju air mata ni mengalir. Bukan sekarang masa untuk putus cinta.
Hubungan tu sudah putus dari dulu lagi. Dah 2 tahun pun. Sepatutnya dari dulu
aku patut buang jauh-jauh perasaan tu. Dan ya.. Dulu aku sedih. Tapi aku tak
pernah menangis sebab dia. Mungkin pernah sekali dua. Tapi aku memang bukan
jenis yang frust sampai boleh menangis. Sebab masa tu, aku memang dah tetapkan
dalam hati yang kami tak mungkin bersama. Kalau tak harini, esok lusa mesti
kena berpisah jugak. Mungkin sebab masa tu, aku dah tak simpan kepercayaan dan
harapan yang tinggi untuk hubungan yang sukar mendapat restu. Bagi aku, dari
aku menangis kerana seorang lelaki, lebih baik aku menangis minta Allah
ampunkan semua dosa.
Tapi sekarang…
sampai-sampai je rumah, hati ni dah macam tak mampu dipujuk lagi. Umpama kaca
yang sudah retak teruk cuma tunggu masa untuk pecah berderai. Yang selama ni
aku sendiri tak tahu teruknya retak kaca tu. Mungkin kerana retak tu dah
ditutupi dengan lapisan plastik yang mampu mengaburi mata orang lain yang
memandang. Mengaburi diri aku sendiri juga.
I’ll be there as
soon as I can. But im busy mending broken pieces of the life I had before.
Aku pergi majlis
tu. Bukan sebab dia. Bukan sebab siapa-siapa. Aku pergi untuk aku. Sebaik
sahabatku beritahu aku kena ikhlas, aku terus ingin pergi sana. Ya, aku gembira
lihat dia bahagia. Tapi entah kenapa perasaan sedih tu masih tak hilang. Puas
aku bisik kuatkan semangat tapi mungkin hati ni tak mampu berbohong lagi.
I was hurt. I
thought I can face this. I never thought it could hurt me thousand times more
than I can imagine.:’(
Sembahyang,
mengaji dan menangis sampai tertidur. Hebat perasaan tu. Mungkin kerana aku tak
pernah kehilangan orang yang aku pernah suka. Tiba-tiba aku terpandang folder
tu. Entah kenapa aku teringin buka dan baca isi kandungannya. Aku sendiri tak
ingat langsung tentang kewujudan folder tu.
Vanilla
Twilight.
Oh ya. Folder
gambar yang aku pernah simpan dulu dah selamat didelit masa mula-mula aku
dengar tentang pertunangan dia. Aku masih punya prinsip hidup. Tak mungkin aku
simpan gambar orang yang sudah menjadi hak orang lain.
Aku buka folder itu..
Notepad bertajuk
chatting. Aku baca satu persatu isi kandungan. Perbualan pertama aku dengan dia.
Cuma chatting di ym. Cuma borak kosong. Cuma ada lawak hambar untuk aku yang
pertama kali berborak dengan sepupu yang selama ni aku fikir dia tak pernah ada
suara dari kecik. Hanya disebabkan rasa impress borak dengan orang yang aku tak
pernah terfikir untuk rapat, aku simpan perbualan tu. Sesuatu yang tak pernah
aku buat selama ni dalam hidup. Hanya dengan dia, kebanyakkan perbualan tak
kisahlah di facebook atau ym, aku simpan semua. Dari mula kenal, mula rapat dan
pengakhirannya. Aku sempat buka sedikit memandangkan mata yang semakin bengkak
sebab banyak sangat air mata yang keluar.
I dreamt about
you last night.
Oh yeah? Tell me
about it.
I dreamt you
kiss me.
Serious? Wah.
No. I haven’t
finish. In that dream, we were already married. Tapiii. Tak tahu akan jadi
kenyataan ke tak.
Its ok. Kita doa
ok. Pasti jodoh tu ada. But… are you sure i only kiss you in that dream?
Haha. That’s not
funny abg!
Satu saat kamu
berbicara tentang kahwin. Dan saat seterusnya, kamu yang mengambil gambar
ketika majlis kahwinnya. Ironi. Folder yang aku sepatutnya delete dari awal
lagi. Dari 3 tahun yang lepas.
Here comes. Bismillah.
Delete.
Are you sure you
want to move this folder to the recycle bin?
YES.

No comments:
Post a Comment
i dont have any telepathic skill. if you want to say something, say it.:)