Saturday, April 14, 2012

Tuhan tidak pernah pilih kasih

selama yang aku bayangkan aku seorang yang kuat dan tabah berubah 180 darjah sejurus melihat dia. tapi kenapa mesti dia? jauh aku mahu pergi darinya untuk mencari kembali diri aku yang dulu. yang tidak berharap pada mana-mana lelaki. yang tidak rasa sedikit pun sedih bila aku tahu dia mungkin bukan untukku. puas aku beri kata-kata penguat jiwa. Tuhan pinjamkan dia sementara untuk aku bukan kerana aku tidak layak untuknya. sebaliknya Tuhan mahu menghadiahkan seorang yang lebih layak untuk membahagiakan aku. namun semua kata-kata itu sia-sia belaka.

banyak persoalan tergantung yang masih belum terjawab. soalan yang aku sendiri tak pasti samada benar-benar mempunyai jawapan atau tidak. yang hatinya tidak mampu kusentuh lagi. yang tidak dapat aku beritahu betapa aku rindukan dia. dan aku tahu rindu itu takkan bersambut lagi....

rindu itu bukan kerana aku tidak mempunyai siapa-siapa. rindu itu bukan hanya ketika aku perlukan dia. aku rindu kerana aku benar-benar rindukan dia walaupun ketika dia berada di depan mata.

Tuhan... aku rindu dia.....

bagaimana hendak aku kata. dia insan terbaik pernah Tuhan pinjamkan kepada aku. yang aku rasa tak mungkin aku dapat lupakan dia begitu saja. dan selama dipinjamkan dia untukku telah dipupuk rasa sayang dan rindu sedalamnya. yang aku tahu aku sungguh ikhlas sayangkan dia.

apa lagi yang boleh aku kata? hidup ini penuh dengan harapan dan dugaan yang sering datang berlumba-lumba. hidup ini penuh dengan panas terik dan hujan lebat yang hadirnya sang pelangi sementara cuma. hidup ini penuh dengan rasa cinta dan rindu yang entah bila ada dan entah bila seperti tidak punya rasa. dan hidup ini penuh dengan pilihan. dan penentu pilihan itu adalah diri kita sendiri.

lalu jika mahu dipilih dan didoakannya itu simboliknya aku. apa salah jika aku redha?

Tuhan, terima kasih kerana meminjamkan dia kepadaku walaupun hanya sementara.
Tuhan, terima kasih kerana memberi aku rasa bahagia selama dipinjamkannya kepadaku.
Tuhan, terima kasih kerana memberi aku peluang berjumpa insan sepertinya dalam hidupku.
Tuhan, tolong jagakan dia sebaiknya.

Tolong jagakan dia untukku.

No comments:

Post a Comment

i dont have any telepathic skill. if you want to say something, say it.:)