Sunday, April 8, 2012

told myself that you were right for me

semenjak terserempak minggu lepas, lepas tu hati aku bukan main gundah lagi. berfikir itu ini. segala jenis perhitungan dah aku buat namun semua tu masih kelam dan kabur. letih berfikir. letih mempunyai perasaan barangkali. kadangkala terlintas di hati, kenapa manusia boleh berubah perasaan? kenapa biarkan dia bergantung tanpa tali? biar dia terseksa perlahan-lahan dan berputus asa akhirnya. ya. itu aku. cepat berputus asa. apabila menanti sesuatu yang tidak pasti. masa depan yang dulunya digambarkan riang gembira makin kabur tanpa diterangi sedikit pun cahaya yang bernama harapan dan sokongan. apatah lagi bila semua impian tu terpaksa berkubur. impian? hanya itu pengubat dan hiburan yang aku ada dikala hati dan minda sesak dengan dugaan dan malapetaka yang tidak pernah berhenti berkunjung tiba. hati yang mempunyai tembok besar yang memisahkan impian dan kenyataan. impian yang memberikan aku sedikit harapan untuk berdoa untuknya. dan kenyataan sebenar yang lebih kejam dari itu.

oh. aku tak pernah bernasib baik bila berbicara tentang cinta. ibarat kalau diadakan pertandingan cabutan bertuah di antara 2 orang tentang cinta, aku takkan menang walaupun punya harapan besar untuk menjadi bertuah. aku sudah biasa. yang semuanya disimpan kemas di dalam hati tanpa terungkap oleh kata-kata. kenapa aku perlu ulang benda yang sama bila aku tahu tak siapa yang mendengar? bagaikan hati retak yang berada di hujung tanduk. menanti seseorang datang menyatukan kembali retak itu dan menyelamatkannya dari jatuh dan teruk hancur tanpa boleh dicantum kembali.

saban hari aku limpahkan hati dengan kata-kata untuk menguatkan diri sendiri. syukur Tuhan adakan aku ditempat yang sepatutnya. hilang sedikit dukacita ketika berada dikalangan keluarga sendiri. setidak-tidaknya hilang air mataku bila berada di rumah melayan adik-adik. tapi hati yang gundah itu masih tidak berjumpa dengan terapinya. ibarat buah yang di luarnya nampak cantik tapi di dalamnya mungkin sudah berulat dan tidak boleh dimakan tak siapa yang tahu. aku buka semula kitab yang aku letak di tempat yang tinggi sebagai pengubat hati dan perasaan.

aku perlu dia dalam hidup bukan mengikut acuan aku. cinta itu yang buta. kadang-kadang memaafkan adalah lebih baik daripada kedua-duanya merana. peluang yang perlu. soal hati yang tak mampu kita berbohong. hanya mampu cover guna mulut. si kunang-kunang terbang tanpa cahaya. adakah ia tetap dipanggil kunang-kunang? rindu dicantas ego. adakah ianya tetap digelar rindu? cinta yang berputik tanpa disinari kasih dan rindu, adakah ia akan tetap berkembang untuk mekar sepanjang musim?

"when the time comes. please dont hold your feelings. we will try to make it works. and i will try my best for you fie."

im in tears everytime i read that message. satu harapan penyejuk hati dari dulu. hanya kerana ada perkataan "mencuba" di situ. kerana bagi aku, usaha dan diikuti tawakal itu sangat indah berbanding menyerah diri dan berputus asa hanya kerana satu halangan yang sebenarnya mungkin kita boleh hadapi hanya dengan berusaha dan bergantung dengan Tuhan yang maha adil. message yang diterima setahun lepas. tapi bila semuanya sudah berubah, ayat tu macam dah tak valid kan?

No comments:

Post a Comment

i dont have any telepathic skill. if you want to say something, say it.:)